Home Koronavirus ‘Daftar vaksin, dapat satu bulan sewa bilik percuma’

‘Daftar vaksin, dapat satu bulan sewa bilik percuma’

0
‘Daftar vaksin, dapat satu bulan sewa bilik percuma’

KUALA LUMPUR – Satu lagi tawaran menarik bagi menggalakkan rakyat Malaysia mendaftar vaksin Covid-19.

Penyewa baharu iBilik by Homevest Living dan GFG Group yang mendaftar bagi Program Imunisasi Covid -19 Kebangsaan (PICK) layak menikmati sewa bilik secara percuma dalam Kempen “Daftar untuk Vaksin, Dapat 1 Bulan Subsidi Sewa Bilik Percuma” kedua-dua syarikat.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, kolaboratif itu dilancarkan bagi menggalakkan orang ramai menyertai program vaksinasi kerajaan dalam usaha mencapai sasaran 80 peratus atau 25 juta rakyat Malaysia divaksinasi menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Homevest Living, Marcus Low berkata, pihak penyedia kemudahan bilik memahami bahawa penyewa mereka berdepan dengan cabaran untuk membayar sewa berikutan kekangan kewangan akibat hilang pendapatan atau tidak bekerja dan ia menjejaskan kehidupan ramai orang.

“Kami juga menawarkan faedah menarik lain seperti sifar deposit dan utiliti percuma kepada semua penyewa bagi membantu meringankan beban kewangan mereka untuk jangka masa pendek, sementara menunggu kawalan pergerakan ditarik balik dan ekonomi kembali pulih,” katanya.

Sejumlah 7,600 bilik ditawarkan untuk kempen ini dan subsidi sewa sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat itu ditanggung sepenuhnya oleh kedua-dua syarikat.

Bagi menikmati subsidi itu, pelanggan perlu menyewa dan menunjukkan bukti pendaftaran mereka melalui aplikasi MySejahtera dalam tempoh kempen berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Julai 2021.

Maklumat lanjut mengenai kempen itu boleh didapati dengan melayari https://www.homevestliving.com/ atau https://www.ibilik.my/. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here