Home Koronavirus Covid-19: Tujuh kematian baharu direkod, dua BID

Covid-19: Tujuh kematian baharu direkod, dua BID

0
Covid-19: Tujuh kematian baharu direkod, dua BID

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tujuh kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 35,576 orang, daripada 4.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, dua daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 26,099 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 24,978 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 19 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,026 kes dirawat di hospital dan 76 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 37 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 39 lagi memerlukan mesin ventilator. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here