Home Koronavirus Covid-19: Tiada kematian, 607 kes baharu

Covid-19: Tiada kematian, 607 kes baharu

0
Covid-19: Tiada kematian, 607 kes baharu

Malaysia merekodkan sebanyak 607 kes baharu Covid-19 pada Ahad dengan dua daripadanya merupakan kes import. – Foto hiasan

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan sebanyak 607 kes baharu Covid-19 pada Ahad dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Ia menjadikan keseluruhan kes aktif adalah sebanyak 13,997.

Portal KKMNOW melaporkan, daripada jumlah itu sebanyak 94.5 peratus atau 13,229 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data tersebut turut menyatakan bahawa sebanyak 725 kes Covid-19 menerima rawatan di hospital dan 43 di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan adalah sebanyak 737 menjadikan kumulatif berkenaan adalah 4,972,691.

Pada masa yang sama, negara juga turut mencatatkan tiada kematian terbaharu menjadikan keseluruhan kes kematian kekal sebanyak 36,831.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here