Home Koronavirus Covid-19: Thailand tutup tapak binaan, tempat tinggal pekerja

Covid-19: Thailand tutup tapak binaan, tempat tinggal pekerja

0
Covid-19: Thailand tutup tapak binaan, tempat tinggal pekerja

THAILAND pada Ahad mengumumkan sekatan baharu yang berpusat di ibu kota Bangkok dalam usaha memerangi wabak Covid-19.

Sekatan terbaru itu akan dilaksanakan selama 30 hari bermula Isnin (28 Jun).

Ia merangkumi antaranya larangan makan di restoran, pusat membeli-belah ditutup pada 9 malam, pesta dan perayaan serta aktiviti melibatkan perhimpunan lebih 20 orang turut tidak dibenarkan.

Termasuk juga dalam sekatan, arahan penutupan tapak pembinaan dan tempat tinggal pekerja binaan, bagi membendung penularan kluster baharu.

Arahan itu menyusul selepas lebih banyak kluster baharu muncul daripada tapak pembinaan di ibu negara itu, yang mempunyai 575 tapak pembinaan dan lebih kurang 81,000 pekerja binaan itu.

Sejak Mei, 37 kluster direkodkan melibatkan tempat tinggal pekerja di Bangkok.

Pihak berkuasa juga akan mendirikan pusat pemeriksaan di Bangkok untuk mengehadkan perjalanan dan penempatan semula pekerja binaan.

Pusat pemeriksaan itu juga akan ditempatkan di empat wilayah selatan negara itu berdekatan dengan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here