Home Koronavirus Covid-19: Thailand kesan kes pertama varian XAY.2.

Covid-19: Thailand kesan kes pertama varian XAY.2.

0
Covid-19: Thailand kesan kes pertama varian XAY.2.

Thailand masih belum mengesan sebarang jangkitan membabitkan varian Omicron XBB.1.5 yang mudah merebak dan sudah menular secara meluas di Amerika Syarikat. – AFP
BANGKOK – Thailand telah melaporkan kes pertama varian baharu Covid-19 yang dikenali XAY.2.

Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Supakit Sirilak berkata, XAY.2 ialah gabungan AY.45, subvarian Delta dan subvarian Omicron BA.4/5.

Sehingga kini, terdapat hanya 344 kes yang dikesan di seluruh dunia.

“Kami memantau dengan teliti mutasi virus di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, pesakit yang dijangkiti XAY.2 tidak mengalami simptom yang serius dan telah sembuh sepenuhnya.

Dr Supakit berkata, Thailand buat masa ini masih belum mengesan sebarang jangkitan membabitkan varian Omicron XBB.1.5 yang mudah merebak dan sudah menular secara meluas di Amerika Syarikat.

“Subvarian dominan yang ditemukan di Thailand ialah Omicron BN.1.3, subketurunan BA.2.75,” jelasnya.

Dr Suakit menggesa orang ramai mendapatkan suntikan penggalak terutamanya yang telah divaksin lebih empat bulan lalu bagi meningkatkan imuniti dan mengurangkan risiko jangkitan dan kesan jangkitan yang teruk. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here