Home Koronavirus Covid-19: Thailand catat 5,916 kes baharu, 44 kematian

Covid-19: Thailand catat 5,916 kes baharu, 44 kematian

0
Covid-19: Thailand catat 5,916 kes baharu, 44 kematian

BANGKOK – Thailand mencatatkan 5,916 kes baharu Covid-19 dan 44 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 283,067, manakala seramai 2,226 meninggal dunia.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) dalam satu kenyataan berkata, kes terbaharu itu termasuk 5,910 penularan tempatan iaitu sebanyak 1,800 dicatatkan menerusi pengesanan kes aktif manakala enam kes import.

Bangkok kekal melaporkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 1,498 diikuti Pathum Thani (458), Samut Prakan (412), Samut Sakhon (395) dan Chon Buri (275).

Menurut kenyataan itu, kes kematian kali ini melibatkan 24 lelaki dan 20 wanita, berusia antara 32 dan 91 tahun termasuk 43 rakyat tempatan serta seorang warga Myanmar.

Sebanyak 30 kematian dilaporkan di Bangkok, Samut Prakan (tiga) dan dua masing-masing di Yala dan Nakhon Pathom dan masing-masing satu di Khon Kaen, Chachoengsao, Pathum Thani, Narathiwat, Prachuap Khiri Khan, Ayutthaya dan Nakhon Si Thammarat.

“Seramai 59,938 pesakit Covid-19 masih dirawat di hospital termasuk 2,147 dalam keadaan serius dan 616 memerlukan sokongan alat bantuan pernafasan,” kata kenyataan itu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here