Home Koronavirus Covid-19: Thailand catat 1,470 kes baharu, 7 kematian

Covid-19: Thailand catat 1,470 kes baharu, 7 kematian

0
Covid-19: Thailand catat 1,470 kes baharu, 7 kematian

BANGKOK – Thailand melaporkan tujuh lagi kematian akibat Covid-19, jumlah tertinggi dalam sehari sejak pandemik bermula Januari tahun lalu menjadikan jumlah korban seramai 117 orang setakat ini.

Sejak Rabu, Thailand mencatatkan 1,470 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 48,113.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Dr Taweesin Visanuyothin berkata, kematian itu melibatkan pesakit berusia antara 24 hingga 86 tahun.

Menurutnya, daripada 1,470 kes baharu, Bangkok merekodkan jumlah kes tertinggi (446), diikuti Nonthaburi (118), Chiang Mai (99) dan Chonburi (97).

“Sejak gelombang terbaru 1 April 19,250 kes dan 23 kematian telah dilaporkan,” katanya pada taklimat harian Covid-19 di sini pada Khamis.

Sementara itu, Taweesin berkata, Thailand tidak merancang untuk menangguhkan penggunaan vaksin Covid-19 Sinovac China walaupun terdapat laporan tujuh penerima termasuk enam kakitangan perubatan di wilayah timur Rayong mengalami gejala ‘seperti strok’ selepas menerima dos pertama. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here