Home Koronavirus Covid-19: Terengganu rekod 42 kes Delta, Beta sejak Jun

Covid-19: Terengganu rekod 42 kes Delta, Beta sejak Jun

0
Covid-19: Terengganu rekod 42 kes Delta, Beta sejak Jun

KUALA TERENGGANU – Orang ramai di Terengganu perlu lebih berhati-hati dan mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berikutan penularan 42 kes varian membimbangkan (VOC) sejak akhir Jun hingga Selasa.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 33 kes adalah varian Delta (B.1.617.2) dan sembilan lagi kes varian Beta (B.1.351).

“Kes tertinggi direkodkan di Kemaman iaitu 10 kes diikuti Kuala Terengganu (sembilan kes), Besut (enam kes), Dungun (enam kes), Hulu Terengganu (empat kes), Marang (tiga kes), Setiu (dua kes) dan Kuala Nerus (dua kes).

“Penularan kes ini perlu diberi perhatian serius tambahan pula kadar jangkitannya adalah lebih tinggi. Jadi orang ramai perlu mengelak pergi ke tempat yang sesak, pakai pelitup muka sentiasa dan amalkan kebersihan diri dengan menggunakan cecair pencuci pembasmi kuman,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pada Selasa, Terengganu merekodkan pertambahan 356 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes aktif ketika ini sebanyak 8,477 kes manakala kes kumulatif ialah sebanyak 58,981 kes. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here