Home Koronavirus Covid-19: Sembilan kes kematian baharu direkodkan

Covid-19: Sembilan kes kematian baharu direkodkan

Covid-19: Sembilan kes kematian baharu direkodkan

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sembilan kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,818 orang, daripada 2.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, terdapat 40,761 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 33,809 individu atau 82.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Manakala seramai 3,994 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 2,775 kes dirawat di hospital dan 183 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU tersebut membabitkan 99 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 84 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here