Home Koronavirus Covid-19 semakin buruk, 8,290 kes baharu hari ini

Covid-19 semakin buruk, 8,290 kes baharu hari ini

Covid-19 semakin buruk, 8,290 kes baharu hari ini

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Krisis Covid-19 semakin buruk apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 8,290 kes positif direkodkan hari ini.

Angka tersebut merupakan yang tertinggi selama empat hari berturut-turut bermula Selasa lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 549,514.

Menurutnya, semua negeri dan wilayah merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan Selangor kekal negeri tertinggi, iaitu 2,052 kes.

“Ia diikuti oleh Kelantan (851), Kuala Lumpur (830), Johor (762) dan Sarawak (698),” katanya.

Beliau berkata, Kedah merekodkan 544 kes, Pulai Pinang (421), Perak (405), Melaka (380), Sabah (308), Pahang (254), Terengganu (207), Putrajaya (44), Perlis (lapan) dan Labuan (enam).

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here