![Covid-19: Selangor rekod kes harian tertinggi, 1001 kes Covid-19: Selangor rekod kes harian tertinggi, 1001 kes](https://krfwordpressstorage.blob.core.windows.net/siasatdata/2021/02/977685-f6YpCa.jpeg)
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/02/20/977685.jpg)
KUALA LUMPUR- Selangor merekodkan kes harian baharu tertinggi dengan 1,001 kes pada Sabtu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Sementara itu, negara merekodkan sebanyak 2,461 kes baharu Covid-19 dengan 8 kematian pada Sabtu.
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,782 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 280,272 manakala kes aktif adalah 34,468.