Home Koronavirus Covid-19: Sekolah di 7 daerah Kelantan ditutup hingga 1 Mei

Covid-19: Sekolah di 7 daerah Kelantan ditutup hingga 1 Mei

0
Covid-19: Sekolah di 7 daerah Kelantan ditutup hingga 1 Mei

KOTA BHARU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan memutuskan penutupan sekolah di tujuh daerah di Kelantan dilanjutkan sehingga 1 Mei susulan peningkatan kes Covid-19.

Pengarahnya, Zulkernai Fauzi, menerusi surat pemakluman berkata, daerah yang terlibat ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Tanah Merah.

“Bagi tujuh daerah ini, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) hendaklah diteruskan.

“Manakala bagi sekolah di tiga daerah lain iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang hendaklah beroperasi seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, bagi murid yang berada di asrama, mereka perlu terus kekal di asrama masing-masing.

Katanya, keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat penyelarasan khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) bagi mengawal penularan Covid-19 di negeri ini yang diadakan pada 21 April lalu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, semua sekolah di tujuh daerah di Kelantan ditutup mulai 18 sehingga 24 April.

Daerah yang terlibat ialah, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Tanah Merah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here