Home Koronavirus Covid-19: Sarawak catat kes harian tertinggi

Covid-19: Sarawak catat kes harian tertinggi

0
Covid-19: Sarawak catat kes harian tertinggi

KUCHING – Kes baharu Covid-19 di Sarawak sekali lagi merekodkan kes tertinggi sejak pandemik melanda negeri itu sejak Mac tahun lalu apabila sebanyak 2,992 kes baharu dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu sebanyak 121,164.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya pada Khamis memaklumkan sebanyak tujuh kematian baharu turut dicatatkan akibat jangkitan wabak itu, sekali gus menjadikan jumlah kes kematian kini meningkat kepada 540 orang.

JPBN turut memaklumkan pengisytiharan lapan lagi kluster baharu Covid-19 yang melibatkan daerah Kuching, Serian, Sri Aman, Subis dan Bintulu.

Kluster di Kuching melibatkan Kluster Jalan Usaha Jaya Dua dengan 41 kes, Kluster Industri Jalan Semeba (32) dan Kluster Kampung Danggak (19) manakala Kluster Maxbi Libai di Subis (93).

Pengesanan 45 kes positif membawa kepada pengisytiharan Kluster Sepom di Serian manakala Kluster Kampung Panggil di Sri Aman mencatatkan 55 kes, sementara Kluster Jalan Bintulu-Bakun dan Kluster Galaxy di Bintulu masing-masingnya merekodkan 19 dan 41 kes. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here