Home Koronavirus Covid-19: Sarawak catat kes harian tertinggi tahun ini

Covid-19: Sarawak catat kes harian tertinggi tahun ini

0
Covid-19: Sarawak catat kes harian tertinggi tahun ini

KUCHING – Sarawak pada Sabtu mencatatkan sebanyak 1,455 jangkitan baharu Covid-19 iaitu jumlah kes harian tertinggi sepanjang tahun ini.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, antara daerah yang mencatatkan jumlah kes tiga angka ialah Kuching dengan 479 kes diikuti Miri (254) dan Sibu (213).

Pertambahan angka kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di Sarawak kini sebanyak 266,411.

“Daripada jumlah kes baharu itu, tujuh kes melibatkan jangkitan paru-paru, memerlukan oksigen dan ventilator,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, satu kematian dilaporkan hari ini melibatkan seorang wanita berusia 60 tahun di bahagian Kapit. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here