Home Koronavirus Covid-19 rekod 4,711 kes baharu

Covid-19 rekod 4,711 kes baharu

0
Covid-19 rekod 4,711 kes baharu
KKM merekodkan 4,711 kes baharu Covid-19 setakat tengah malam tadi.

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 4,711 kes baharu Covid-19 setakat tengah malam Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,914,557.

Berdasarkan data daripada portal KKMNow, daripada 4,711 kes tersebut, tujuh daripadanya adalah merupakan kes import.

KKM turut mencatatkan sejumlah 34,609 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 32,956 pesakit kuarantin di rumah, sementara 1,586 lagi menerima rawatan di hospital.

Data itu juga menunjukkan sejumlah 67 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 47 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 3,120 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,843,468, manakala tiada kes kematian direkodkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here