Home Koronavirus Covid-19: Pusat vaksinasi Labuan dipindah ke Dewan JKR

Covid-19: Pusat vaksinasi Labuan dipindah ke Dewan JKR

0
Covid-19: Pusat vaksinasi Labuan dipindah ke Dewan JKR

LABUAN – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di dewan serbaguna Perbadanan Labuan dipindahkan ke Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) bermula Jumaat, yang akan digunakan semula sebagai pusat kuarantin susulan peningkatan kes positif Covid-19 di pulau bebas cukai itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, dewan serbaguna berkenaan bagi menampung peningkatan jumlah penduduk tempatan yang menjalani kuarantin (status individu dalam siasatan atau PUI).

“Dewan serbaguna ini sesuai untuk menampung sejumlah besar orang dan kami di Jawatankuasa Pengurusan Bencana bersetuju memindahkannya ke Dewan JKR berhampiran pusat bandar hari ini,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Labuan merekodkan 2,554 kes dengan satu kluster aktif iaitu kluster Victoria Merdeka sehingga Khamis.

Beliau berkata, mereka yang sudah mendapat tarikh janji temu untuk suntikan dos pertama di dewan serbaguna itu agar terus pergi ke Dewan JKR.

Dr Ismuni berkata, petugas kesihatan juga telah menjalankan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran ke atas kontak rapat dalam kluster Victoria Merdeka dan beberapa kumpulan yang menghadiri jamuan hari raya.

“Ujian saringan secara besar-besaran menyumbang kepada peningkatan jumlah mereka yang perlu menjalani kuarantin, dan ini menyebabkan kami memerlukan dewan lebih besar, kami mahu mengawal penularan secepat mungkin,” katanya.

Katanya, pembukaan semula dewan serbaguna itu juga menjadi pusat kuarantin kedua di Labuan selepas asrama Bahagian Teknologi Pendidikan Tinggi (BTPN) di Jalan Sungai Lada.

Labuan memiliki tiga pusat vaksinasi di Dewan Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Hospital Nucleus Labuan dan Dewan JKR. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here