Home Koronavirus Covid-19: Peralihan ke fasa endemik berliku

Covid-19: Peralihan ke fasa endemik berliku

0
Covid-19: Peralihan ke fasa endemik berliku

KUALA LUMPUR – Sasaran Malaysia untuk beralih ke fasa endemik pada penghujung Oktober ini mungkin sukar menjadi kenyataan sekiranya penularan Covid-19 kembali mengganas.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyuarakan kebimbangan ini pada Rabu lepas, beberapa hari selepas Lembah Klang (Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya) beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut beliau, perkumpulan orang ramai serta pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang rendah dikhuatiri akan mencetuskan semula penularan teruk Covid-19 dan membantutkan usaha kerajaan untuk memulihkan negara.

Untuk rekod, Malaysia masih mencatat kes harian baharu empat angka dan sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat 17 September 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 17,577 lagi kes baharu Covid-19.

Ini menjadikan kumulatif kes yang melepasi angka dua juta pada 14 September lepas meningkat kepada 2,067,327 kes hari ini (17 September). Kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan setakat 17 September pula sebanyak 221,339 kes.

Dengan kumulatif kes 2,067,327, Malaysia kini di tangga 21 daripada 223 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia adalah Peru (2,164,380 kes) dan Filipina (2,324,475 kes).

Berikut adalah rekod kes harian baharu sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (11 Sept hingga 17 September 2021):-

11 Sept (19,550 kes); 12 Sept ( 19,198 kes), 13 Sept ( 16,073 kes), 14 Sept (15,669 kes), 15 Sept (19,495 kes), 16 Sept (18,815 kes) dan 17 Sept (17,577 kes ).

Sementara itu, kes pesakit Covid-19 yang sembuh hari ini berjumlah 22,970 dan ini menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 1,823,248 kes (88.2 peratus) daripada keseluruhan kes COVID-19.

Sebanyak 891 kes pesakit Covid-19 dirujuk kepada Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 410 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian akibat Covid-19 dalam negara direkod KKM pada 17 September adalah 388 kes, menjadikan jumlah kematian sebanyak 22,743 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 17,577 kes harian baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 244 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5. Sebanyak 17,333 kes (98.6 peratus) tergolong dalam kategori 1 dan 2.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Mengenai Situasi dan Maklumat Terkini Mutasi Spike Protein Covid-19 di Malaysia, Dr Noor Hisham pada 13 Sept lepas melaporkan bahawa kajian berterusan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) mengenalpasti sebanyak 23 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dan Institute for Medical Research (IMR) mengenalpasti sebanyak 38 kes yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC), iaitu

• 36 kes varian Delta (B.1.617.2); dan

• Dua (2) kes varian Beta (B.1.351).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,385 kes.

Daripada jumlah yang dikesan itu, sebanyak 1,365 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,141 kes varian Delta, 211 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha. Manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Mengenai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini, ia masih di bawah kadar 1.0 seperti berikut:-

11 Sept (0.99), 12 Sept (0.98 ), 13 Sept (0.98), 14 Sept (0.96), 15 Sept (0.97), 16 Sept (0.98) dan 17 Sept (0.95).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 16 Sept adalah Sarawak 1.11.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Perkembangan lain dalam negara

Sehingga 17 September 2021, Malaysia mempunyai sebanyak 1,387 kluster masih aktif. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 5,247 kluster di kesan di negara ini dan 3,860 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, berdasarkan laporan KKM, terdapat sebanyak 188 kluster baharu. Kluster terbanyak, kluster tempat kerja, 98 kluster (52.1 peratus) dan kluster komuniti sebanyak 65 kluster (34.6 peratus).

Sementara itu, daripada 17,577 kes harian baharu, sebanyak tujuh (7) buah negeri mencatat kes harian baharu empat angka, enam (6) buah negeri tiga angka dan tiga (3) negeri, mencatat dua angka.

Senarai negeri adalah seperti berikut:-

Kes harian baharu empat angka – Sarawak 3,480 kes, Selangor 2,646 kes, Johor 2,334 kes, Perak 1,596 kes, Sabah 1,533 kes, Pulau Pinang 1,462 kes dan Kedah 1,173 kes.

K​​​​es harian baharu tiga angka – Kelantan 869 kes, Pahang 832 kes, Terengganu 719 kes, WP Kuala Lumpur 366 kes, Melaka 287 kes dan Negeri Sembilan 198 kes.

Kes harian baharu dua angka – Perlis 41 kes, WP Putrajaya 31 dan WP Labuan 10 kes.

Senario wabak Covid-19 di Malaysia

Pecahan pesakit Covid-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

19,550 kes harian 11 September – 265 kes (1.4 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan 19,285 kes (98.6 peratus) kategori 1 dan 2.

19,198 kes harian 12 September – 253 kes (1.3 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan18,945 kes (98.7 peratus) kategori 1 dan 2.

16,073 kes harian 13 September – 233 kes (1.5 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan 15,840 kes (98.5 peratus) kategori 1 dan 2.

15,669 kes harian 14 September – 283 kes (1.8 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan 15,386 kes (98.2 peratus) kategori 1 dan 2.

19,495 kes harian 15 September – 308 kes (1.6 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan 19,187 kes (98.4 peratus) kategori 1 dan 2.

18,815 kes harian 16 September – 222 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 18,593 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

17,577 kes harian 17 September – 244 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 17,333 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Rekod kes sembuh:-

11 September ( 21,771 kes)

12 September ( 20,980 kes)

13 September (24,813 kes)

14 September (18,053 kes)

15 September ( 18,760 kes)

16 September( 16,939 kes)

17 September (22,970 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 17 Sept 2021 sebanyak 1,823,248 (88.2 peratus).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

11 September – Kes baharu: 19,550 kes (1,960,500 kes kumulatif); Kes import: 7 kes (5 warganegara; 2 bukan warganegara); Kes tempatan: 19,543 kes [17,153 warganegara (87.8%); 2,390 bukan warganegara (12.2%)];

12 September- Kes baharu: 19,198 kes (1,979,698 kes kumulatif); Kes import: 5 kes (2 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan: 19,193 kes [17,428 warganegara (90.8%); 1,765 bukan warganegara (9.2%)];

13 September- Kes baharu: 16,073 kes (1,995,771 kes kumulatif); Kes import: 21 kes (8 warganegara; 13 bukan warganegara); Kes tempatan: 16,052 kes [14,352 warganegara (89.4%); 1,700 bukan warganegara (10.6%)];

14 September – Kes baharu: 15,669 kes (2,011,440 kes kumulatif); Kes import: 17 kes (7 warganegara; 10 bukan warganegara); Kes tempatan: 15,652 kes [14,169 warganegara (90.5%); 1,483 bukan warganegara (9.5%)];

15 September – Kes baharu: 19,495 kes (2,030,935 kes kumulatif); Kes import: 11 kes (5 warganegara; 6 bukan warganegara); Kes tempatan: 19,484 kes [17,860 warganegara (91.7%); 1,624 bukan warganegara (8.3%)];

16 September- Kes baharu: 18,815 kes (2,049,750 kes kumulatif); Kes import: 7 kes (4 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan: 18,808 kes [16,819 warganegara (89.4%); 1,989 bukan warganegara (10.6%)].

17 September – Kes baharu: 17,577 kes (2,067,327 kes kumulatif); • Kes import: 3 kes (3 warganegara); • Kes tempatan: 17,574 kes [15,438 warganegara (87.8%); 2,136 bukan warganegara (12.2%)].

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

11 September – 592 kematian (BID 88)

12 September – 292 kematian (BID 106)

13 September – 413 kematian (BID176)

14 September – 463 kematian (BID108 )

15 September – 422 kematian (BID 92)

16 September – 346 kematian (*105)

17 September – 388 kematian (*64).

*Jumlah kes kematian sehingga 17 September 2021 sebanyak 22,743 kes.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

11 September – 28 kluster baharu (kluster tempat kerja 17, kluster komuniti 6, kluster kumpulan berisiko tinggi 3 dan kluster pendidikan 2);

12 September – 34 kluster baharu (kluster tempat kerja 17, kluster komuniti 14, kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster keagamaan 1);

13 September – 32 kluster baharu (kluster tempat kerja 16, kluster komuniti 14, kluster kumpulan berisiko tinggi 1 dan kluster pendidikan 1);

14 September – 29 kluster baharu (kluster tempat kerja 14, kluster komuniti 12 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 3);

15 September – 25 kuster baharu (kluster tempat kerja 14, kluster komuniti 7, kluster keagamaan 1, kluster pendidikan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2);

16 September – 21 kluster baharu (kluster tempat kerja 9, kluster komuniti 6, kluster kumpulan berisiko tinggi 2, kluster pendidikan 3 dan kluster pusat tahanan 1).

17 September – 19 kluster baharu (kluster tempat kerja 11, kluster komuniti 6 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2). – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here