Home Koronavirus Covid-19: Perak catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

Covid-19: Perak catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

0
Covid-19: Perak catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara semalam berada di tahap 1.14, dengan Perak mencatat Rt tertinggi pada 1.32.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan, Terengganu merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.29.

Turut dinyatakan ialah Kedah (1.22), Pulau Pinang (1.21), Melaka (1.18), Selangor dan Johor (masing-masing 1.17), Negeri Sembilan (1.12), Pahang (1.11) serta Kuala Lumpur (1.10).

Bagi negeri dan wilayah yang mencatat bacaan di bawah satu pula ialah Putrajaya (0.99); Sarawak (0.98); Kelantan (0.94) dan Sabah (0.89).- Bernama

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 hb Mei 2021 untuk seluruh negara adalah 1.14. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/vPOV0OoIvU

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 13, 2021

,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here