Home Koronavirus Covid-19: Penggunaan katil di ICU, bukan ICU cecah 50 peratus

Covid-19: Penggunaan katil di ICU, bukan ICU cecah 50 peratus

0
Covid-19: Penggunaan katil di ICU, bukan ICU cecah 50 peratus

SHAH ALAM – Penggunaan katil untuk kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19, di tujuh negeri cecah 50 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan Kelantan (92 peratus), Johor (61 peratus), Perlis (55 peratus), Perak (53 peratus), Kuala Lumpur (50 peratus), Putrajaya (50 peratus), dan Melaka (50 peratus).

Menurutnya untuk bukan Unit Rawatan Rapi (ICU) di empat negeri juga menunjukkan penggunaan sebanyak 50 peratus.

“Selangor (107 peratus) diikuti Kelantan (97 peratus), Putrajaya (93 peratus), Kuala Lumpur (90 peratus),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Noor Hisham berkata, bagi pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 196 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 37 peratus daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19.

“KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes Covid-19 ke hospital berbanding kes kategori satu hingga lima yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti Covid-19.

“Semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori tiga atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital,” katanya

Katanya, terdapat juga kes-kes Covid-19 berisiko tinggi dari kategori satu dan dua memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada Jumaat, 57 kematian dilaporkan dengan 14 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan angka kematian kini berjumlah 32,591 orang.

Manakala terdapat 30,644 kes baharu, terdiri daripada 30,387 kes tempatan dan 257 kes import.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here