Home Koronavirus Covid-19: Nilai Rt turun ke 0.95, Sarawak tertinggi

Covid-19: Nilai Rt turun ke 0.95, Sarawak tertinggi

0
Covid-19: Nilai Rt turun ke 0.95, Sarawak tertinggi

KUALA LUMPUR – Malaysia terus merekodkan trend menurun dalam kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) Covid-19 bagi purata seminggu.

Pada Selasa, kadar Rt negara turun kepada 0.95 berbanding 0.96 hari sebelumnya.

Bagaimanapun, sebanyak 11 negeri/wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.18, diikuti Johor (1.09), Terengganu (1.09), Perak (1.03), Pulau Pinang (1.02), Kelantan (1.02), Perlis (1.01) dan Pahang (1.01).

Ini diikuti Kedah (0.98), Sabah (0.97) dan Putrajaya (0.95).

Sementara itu, Melaka (0.92), Selangor (0.88), Kuala Lumpur (0.81) dan Negeri Sembilan (0.81), mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan pula mencatat empat kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here