Home Koronavirus Covid-19: Nilai R-naught turun 1.02, Perlis, Sarawak tertinggi

Covid-19: Nilai R-naught turun 1.02, Perlis, Sarawak tertinggi

0
Covid-19: Nilai R-naught turun 1.02, Perlis, Sarawak tertinggi

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia kekal untuk dua hari berturut-turut.

Pada Rabu, ia direkodkan pada 1.02, namun secara purata untuk seminggu, kadar itu semakin catat trend penurunan.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Perlis dan Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.22, diikuti Sabah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan.

Seterusnya Kedah, Johor dan Terengganu.

Pahang, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan putrajaya catat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.

Labuan pula catat empat kes baharu.

Kkadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here