Home Koronavirus Covid-19: Negeri Sembilan, Sarawak catat kebolehjangkitan harian tertinggi

Covid-19: Negeri Sembilan, Sarawak catat kebolehjangkitan harian tertinggi

0
Covid-19: Negeri Sembilan, Sarawak catat kebolehjangkitan harian tertinggi

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 harian tertinggi negara iaitu masing-masing pada 1.06 setakat Rabu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi iaitu pada 0.99, diikuti Kelantan dan Melaka (0.96), manakala Selangor, Perak serta Kedah masing-masing mencatatkan Rt 0.93.

Negeri-negeri lain pula merekodkan bacaan di bawah 0.90 iaitu Terengganu (0.89), Johor (0.87), Kuala Lumpur (0.81), Putrajaya dan Perlis (0.76), Pahang (0.73) dan Labuan yang mencatatkan Rt 0.51.

Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.91, katanya.

Pada Rabu dilapor sebanyak 2,998 kes baharu Covid-19 dan 22 kematian direkodkan dalam negara. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here