KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 hari ini menurun ke angka 2,000 dengan jumlah jangkitan dilaporkan sebanyak 2,881 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, Selangor, Sarawak dan Kelantan melaporkan kes tertinggi, manakala Perlis tiada kes baharu.
Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Selangor mencatatkan sebanyak 759 kes, Sarawak (445), Kelantan (442), Kuala Lumpur (315), Johor (310), Pulau Pinang (133), Kedah (111), Negeri Sembilan (89), Sabah dan Perak masing-masing 64, Melaka (54), Pahang (47), Terengganu (42) Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya masing-masing tiga kes.
AKAN MENYUSUL