Home Koronavirus Covid-19 menular di Kampung Pauh Lima, 78 penduduk dijangkiti

Covid-19 menular di Kampung Pauh Lima, 78 penduduk dijangkiti

0
Covid-19 menular di Kampung Pauh Lima, 78 penduduk dijangkiti

BACHOK – Covid-19 mula menular dalam kawasan Kampung Pauh Lima di sini apabila 78 penduduk disahkan positif wabak itu termasuk dua kes kematian dalam tempoh 11 hari sejak 7 Mei lalu.

Penularan Covid-19 di kawasan kampung itu dipercayai tercetus daripada penduduk kampung yang mengadakan solat berjemaah serta tadarus di sebuah surau.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, terdapat dua kematian yang dicatatkan di lokasi itu dan pihaknya masih menyiasat punca kes jangkitan.

“Setakat ini, seramai 238 individu sudah disaring di Kampung Pauh Lima, Bachok,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya masih mengesan kontak rapat kes dan menasihatkan penduduk kampung yang mempunyai gejala atau kontak rapat dengan pesakit Covid-19 kampung berkenaan membuat ujian saringan Covid-19.

“Gelombang jangkitan kali ini merebak dalam komuniti dan semakin banyak serta sentiasa wujud kluster baharu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ujarnya, kadar kebolehjangkitan juga tinggi di Kelantan dengan kewujudan varian baharu yang cepat menular serta lebih agresif.

Tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp Kampung Pauh Lima akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan kes Covid-19 yang tinggi di lokasi itu.

Ada dakwaan punca tercetus daripada penduduk yang solat berjemaah dan tadarus di sebuah surau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here