Home Koronavirus Covid-19 meningkat kepada 4,765 kes, Selangor catat 2,082 kes

Covid-19 meningkat kepada 4,765 kes, Selangor catat 2,082 kes

0
Covid-19 meningkat kepada 4,765 kes, Selangor catat 2,082 kes

SHAH ALAM – Jumlah kes baharu positif Covid-19 terus mencatatkan peningkatan iaitu 4,765 kes pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 453,222 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 2,082 kes diikuti Kuala Lumpur (540) Sarawak (405).

Menurutnya, Johor pula mencatatkan 348 kes, Kelantan (297), Pulau Pinang (259), Kedah (226), Perak (172), Negeri Sembilan (122), Melaka (110), Sabah (70) dan Pahang (63).

“Sebanyak 60 kes dicatatkan di Terengganu, manakala Labuan enam kes, Putrajaya (empat) dan Perlis satu kes sahaja,” katanya di Twitter pada Rabu.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here