Home Koronavirus Covid-19: Masjid Kolam Ayer ditutup seminggu

Covid-19: Masjid Kolam Ayer ditutup seminggu

0
Covid-19: Masjid Kolam Ayer ditutup seminggu

JOHOR BAHRU – Masjid Kolam Ayer di sini ditutup tujuh hari bermula Ahad berikutan seorang ahli jawatankuasa (AJK) dan seorang jemaah kariahnya disahkan positif Covid-19.

Notis penutupan masjid berkenaan dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru pada Ahad.

Penutupan berkenaan dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan.

Tinjauan Sinar Harian ke masjid berkenaan mendapati pintu masuk utama masjid berkenaan dililit dengan pita pelekat.

Difahamkan, ahli jemaah masjid tersebut diminta menjalani ujian calitan dan keputusan dijangka diketahui pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here