Home Koronavirus Covid-19 Malaysia hampiri 20,000 kes hari ini

Covid-19 Malaysia hampiri 20,000 kes hari ini

0
Covid-19 Malaysia hampiri 20,000 kes hari ini

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Di sebalik krisis politik yang hangat, negara sekali lagi merekodkan jangkitan Covid-19 tertinggi pada Rabu dengan 19,819 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor melaporkan peningkatan ketara daripada sekitar 5,000 sebelum ini kepada 8,377 kes.

“Ia diikuti Kuala Lumpur (2,467), Kedah (1,371), Kelantan (1,003), Johor (1,162), Sabah (949), Pulau Pinang (867), Negeri Sembilan (800), Perak (662),Pahang (558), Melaka (508), Terengganu (481), Putrajaya (48), Perlis (11) dan Labuan (lima).

“Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes 1,183,110 kes,” katanya.

Pecahan kes baharu mengikut negeri, 4 Ogos 2021. pic.twitter.com/DrU4LRPbKf

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) August 4, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here