Home Koronavirus Covid-19: Majlis kahwin dipercayai cetus kluster baharu di Sabah

Covid-19: Majlis kahwin dipercayai cetus kluster baharu di Sabah

0
Covid-19: Majlis kahwin dipercayai cetus kluster baharu di Sabah

KOTA KINABALU – Satu kluster baharu dikenali sebagai Kluster Sawit Baiduri dikesan di Lahad Datu pada Selasa dipercayai berpunca daripada majlis perkahwinan yang merekodkan 77 jangkitan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks kluster itu adalah seorang lelaki warga Indonesia berusia 47 tahun yang merupakan bapa pengantin dan disahkan positif Covid-19 pada 11 Ogos di Klinik Kesihatan Tungku selepas didapati mempunyai gejala penyakit tersebut.

“Turut didapati positif ialah anak kepada kes indeks. Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap 178 orang terdiri daripada ahli keluarga dan kontak rapat kemudian mengesan 77 kes positif termasuk 43 kes baharu hari ini.

“Sementara 101 individu didapati negatif saringan pertama. Punca jangkitan masih dalam disiasat namun siasatan awal mendapati terdapat majlis perkahwinan pada 6 Ogos lepas yang disyaki menjadi punca penyebaran wabak,” menurutnya dalam kenyataan malam Selasa.

Masidi, yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri, kes baharu yang direkodkan pada Selasa ialah sebanyak 2,103 menjadikan jumlah kumulatif 108,933 kes.

Beliau berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang dilaporkan sembuh pula ialah 652 orang menjadikan jumlah kumulatif pulih setakat ini ialah 90,356 orang manakala 5,153 sedang menerima rawatan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here