Home Koronavirus Covid-19: Lebih 98 peratus kes di Sabah kategori satu, dua

Covid-19: Lebih 98 peratus kes di Sabah kategori satu, dua

0
Covid-19: Lebih 98 peratus kes di Sabah kategori satu, dua

KOTA KINABALU – Sabah merekodkan sebanyak 3,376 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 98.2 peratus atau 3,316 kes daripadanya adalah daripada kategori satu dan dua, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, dengan kes baharu berkenaan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri itu kini adalah 127,806 kes.

“Kes baharu hari ini menyaksikan peningkatan mendadak berbanding 2,474 kes semalam, 17 kematian dilaporkan hari ini di tujuh daerah iaitu enam kes di Sandakan; Tawau empat kes; masing-masing dua kes di Kota Kinabalu dan Kinabatangan; manakala masing-masing satu kes di Semporna, Sipitang dan Tambunan.

“Sebanyak 2,094 kes atau 62 peratus daripada jumlah kes baharu itu dikesan melalui saringan kontak rapat; saringan bergejala 784 kes; saringan kluster 164 kes; saringan bersasar 152 kes; dan selebihnya lain-lain kes,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata 12.7 peratus atau 430 daripada kes baharu hari ini adalah kes daftar lewat melebihi lima hari; didaftar lewat antara empat hingga lima hari sebanyak 414 kes atau 12.3 peratus; dan 38.1 peratus atau 1,286 kes positif didaftar lewat antara dua hingga tiga hari.

Katanya, 830 pesakit Covid-19 sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh ialah 99,604 orang manakala seramai 4,705 pesakit masih menerima rawatan.

Menurut Masidi, terdapat satu kluster tempat kerja baharu direkodkan di Kinabatangan iaitu Kluster Sungai Pin 3 melibatkan 55 kes positif hasil saringan ke atas 83 individu.

“Kluster itu melibatkan sebuah ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan, kes indeks merupakan seorang pekerja ladang wanita berusia 51 tahun dikesan positif dalam saringan bergejala pada 9 Ogos lepas,” katanya. -Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here