Home Koronavirus Covid-19: Lebih 5,000 penduduk Sabah sudah divaksin

Covid-19: Lebih 5,000 penduduk Sabah sudah divaksin

0
Covid-19: Lebih 5,000 penduduk Sabah sudah divaksin

KOTA KINABALU – Sejumlah 544,893 rakyat Sabah telah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Kebangsaan peringkat negeri setakat hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata, seramai 376,202 individu menerima suntikan dos pertama manakala 168,691 orang pula telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin melalui pelaksanaan program itu di seluruh Sabah.

Masidi dalam kenyataan pada Isnin berkata, seramai 873,818 individu telah mendaftar untuk menerima vaksin di Sabah dengan 5,243 daripadanya adalah pendaftaran baharu yang direkodkan hari ini.

Mengenai perkembangan Covid-19 di Sabah, Masidi berkata, sebanyak 258 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes 69,025, manakala seramai 169 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 66,850 orang.

Tiada kes kematian dan kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini, katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here