Home Koronavirus Covid-19: Lapan kematian direkodkan pada Khamis

Covid-19: Lapan kematian direkodkan pada Khamis

0
Covid-19: Lapan kematian direkodkan pada Khamis
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Lapan kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan satu daripadanya merupakan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak 2,561 kes baharu turut dicatatkan menjadikan kumulatifnya sebanyak 4,875,131.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini berjumlah sebanyak 25,636 dengan 24,483 atau 95.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Sebanyak 1,102 kes Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 51 daripadanya dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU) manakala 23 memerlukan bantuan pernafasan dan 1,248 dicatatkan sembuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here