Home Koronavirus Covid-19: Lagi 11 kematian baharu direkodkan

Covid-19: Lagi 11 kematian baharu direkodkan

0
Covid-19: Lagi 11 kematian baharu direkodkan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 11 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,655 orang, daripada 2.77 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 2 daripada 11 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 39,776 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 32,866 individu atau 82.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,230 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,427 kes dirawat di hospital dan 253 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 138 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 115 lagi memerlukan mesin ventilator. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here