Home Koronavirus Covid-19: KSN teliti keperluan penjawat awam bekerja dari rumah

Covid-19: KSN teliti keperluan penjawat awam bekerja dari rumah

0
Covid-19: KSN teliti keperluan penjawat awam bekerja dari rumah

KUALA TERENGGANU – Kerajaan akan meneliti keperluan kakitangan awam untuk melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu terlebih dahulu sebelum dibawa ke peringkat Jemaah Menteri.

“Kita (diperingkat KSN) akan meneliti perkara ini kerana sebarang keputusan perlu dibawa dan dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri. Kalau ia diputuskan oleh jawatankuasa, kita akan patuh.

“Kita akan sentiasa berwaspada terhadap peningkatan kes Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jalinan Kasih Keluarga Malaysia (Corporate Social Responsibility) Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (Terengganu) bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohd Zuki menyeru kepada semua penjawat awam supaya mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan Covid-19.

Kerajaan menjangkakan kes baharu Covid-19 di negara ini meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu lagi sekiranya langkah bagi membendung gelombang varian Omicron tidak diambil.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan berkata, jangkaan itu berdasarkan kadar jangkitan yang tinggi daripada gelombang varian Omicron ketika ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here