Home Koronavirus Covid-19: KKM rekod lapan kematian baharu

Covid-19: KKM rekod lapan kematian baharu

0
Covid-19: KKM rekod lapan kematian baharu

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan lapan kes kematian baharu akibat Covid-19 setakat tengah malam Isnin.

Menurut data di portal CovidNow, dua kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).

Sejumlah 2,478 kes baharu Covid-19 juga direkodkan setakat jam 11.59 malam Isnin.

Justeru, jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 35,507 orang daripada 4,396,596 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Dalam pada itu, sebanyak 68,007 kes aktif dilaporkan, termasuk 98 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 63 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu juga, sebanyak 9,215 kes sembuh dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here