Home Koronavirus Covid-19: Ketua Pemuda Pas Selangor tidak kritikal

Covid-19: Ketua Pemuda Pas Selangor tidak kritikal

0
Covid-19: Ketua Pemuda Pas Selangor tidak kritikal

SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Selangor (DPPNS) menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa Hanafi Zulkapli berada dalam keadaan kritikal di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Setiausaha DPPNS, Muhammad Hanif Jamaluddin berkata, Ketua Pemuda Pas negeri itu dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada Khamis lepas ekoran lemah susulan demam yang berterusan sejak beliau mula dimasukkan ke pusat kuarantin.

“Alhamdulillah, setakat ini Ustaz Hanafi dalam keadaan baik, cuma sedikit lemah sebab masih demam.

“Maklumat tempoh hari yang mengatakan beliau kritikal tidak tepat, cuma badan beliau lemah sebab demam berterusan dari hari mula masuk MAEPS,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Muhammad Hanif berkata, setakat ini isteri dan empat anak Hanafi juga sedang menjalani kuarantin di rumah mereka.

Sebelum ini, beberapa portal berita melaporkan Hanafi berada dalam keadaan kritikal selepas positif Covid-19. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here