Home Koronavirus Covid-19: Kes sembuh atasi kes baharu di Sarawak

Covid-19: Kes sembuh atasi kes baharu di Sarawak

0
Covid-19: Kes sembuh atasi kes baharu di Sarawak

KUCHING – Sebanyak 195 kes Covid-19 pulih dan dibenarkan discaj di Sarawak pada Ahad, mengatasi jumlah kes positif baharu bagi negeri itu iaitu sebanyak 185 kes, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN menerusi satu kenyataan mengenai perkembangan terkini kes Covid-19 memaklumkan jumlah keseluruhan kes pulih di Sarawak juga meningkat kepada 5,774 orang atau 72.69 peratus daripada jumlah keseluruhan 7,943 kes positif Covid-19 di negeri itu.

Sehingga Ahad terdapat 24 kluster yang masih aktif di Sarawak dengan lapan kluster yang mencatatkan penambahan kes jangkitan baharu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here