Home Koronavirus Covid-19: Kes sembuh 20,980 sekali lagi melebihi kes baharu hari ini

Covid-19: Kes sembuh 20,980 sekali lagi melebihi kes baharu hari ini

0
Covid-19: Kes sembuh 20,980 sekali lagi melebihi kes baharu hari ini

KUALA LUMPUR – Jumlah kes sembuh daripada Covid-19 dalam tempoh 24 jam di Malaysia adalah sebanyak 20,980 iaitu lebih tinggi daripada angka kes baharu bagi tempoh sama, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif individu pulih dari wabak berkenaan di negara ini kini 1,721,713.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 1,298 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) merangkumi 960 kes disahkan Covid-19 sementara 338 lagi adalah suspected, probable, dan kes dalam siasatan.

“744 kes memerlukan bantuan pernafasan melibatkan 444 kes disahkan Covid-19, manakala 300 adalah kes ‘suspected’, ‘probable’, dan kes dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam perkongsian info grafik data kes baharu, beliau berkata, sebanyak 19,198 kes dilaporkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini 1,979,698.

Memperincikan kes baharu pada Ahad, Dr Noor Hisham menjelaskan, hanya 253 daripadanya atau 1.3 peratus adalah pesakit kategori 3, 4, dan 5, manakala 18,945 kes (98.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada pesakit kategori 1 dan 2.

Bagi data kematian, akan dimuat naik dan dipaparkan menerusi laman CovidNowKementerian Kesihatan (KKM) tengah malam ini.

Dalam pada itu, terdapat 34 kluster baharu dikesan pada Ahad, merangkumi 17 kluster di tempat kerja, 14 kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster keagamaan. – Bernama

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 12 hb September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.98. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/mIGjhW66uT

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 12, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here