Home Koronavirus Covid-19: Kes positif global melebihi 237.7 juta, korban 4.85 juta

Covid-19: Kes positif global melebihi 237.7 juta, korban 4.85 juta

0
Covid-19: Kes positif global melebihi 237.7 juta, korban 4.85 juta

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 237.7 juta, berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 44.3 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 33.9 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.5 juta kes.

United Kingdom kini catat lebih 8 juta kes, manakala Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.

Argentina melebihi 5 juta dan diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.6 juta, Malaysia lebih 2.3 juta kes dan Thailand dengan 1.7 juta kes manakala Singapura merekodkan lebih 124,000 kes. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here