Home Koronavirus Covid-19: Kes positif global lebih 257 juta, kematian lebih 5.14 juta

Covid-19: Kes positif global lebih 257 juta, kematian lebih 5.14 juta

0
Covid-19: Kes positif global lebih 257 juta, kematian lebih 5.14 juta

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 257 juta, berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 47.6 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 34.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.

United Kingdom dan Rusia kini catat lebih 9 juta kes, manakala Turki memasuki kumpulan negara yang catat lebih 8 juta kes sementara Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes.

Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.5 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes manakala Singapura merekodkan lebih 250,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 5.14 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 770,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 612,000 kes, India lebih 465,000 kes, Mexico lebih 291,000 kes, sementara Rusia kini catat lebih 256,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 98,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 46,000 diikuti Malaysia dengan 29,000 kes serta Thailand dengan lebih 20,000 angka korban. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here