Home Koronavirus Covid-19: Kes positif global lebih 250.7 juta, korban 5.06 juta

Covid-19: Kes positif global lebih 250.7 juta, korban 5.06 juta

0
Covid-19: Kes positif global lebih 250.7 juta, korban 5.06 juta

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 250.7 juta.

Ini berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 46.6 juta kes. Ini diikuti India dengan lebih 34.3 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.8 juta kes.

United Kingdom mencatat lebih 9 juta kes, manakala Rusia dan Turki dengan lebih 8 juta kes.

Perancis pula mencatat lebih 7 juta kes manakala Argentina, Sepanyol dan Colombia catat lebih 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan lebih 4.2 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.5 juta, Thailand 1.9 juta, manakala Singapura merekodkan lebih 224,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.06 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 756,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 609,000 kes, India lebih 461,000 kes, Mexico lebih 289,000 kes, sementara Rusia kini mencatat lebih 244,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 96,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 44,000 diikuti Malaysia dengan 29,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 19,000 angka korban. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here