Home Koronavirus Covid-19: Kes positif global lebih 232 juta, korban 4.76 juta

Covid-19: Kes positif global lebih 232 juta, korban 4.76 juta

0
Covid-19: Kes positif global lebih 232 juta, korban 4.76 juta

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 232 juta berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 43 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 33.6 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.3 juta kes.

Argentina catat kes melebihi 5 juta diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan menghampiri 4.2 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.5 juta, Malaysia lebih 2 juta kes, Thailand dengan 1.5 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 91,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.76 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 692,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 594,000 kes, India lebih 447,000 kes, Mexico lebih 275,000 kes, sementara Rusia kini catat lebih 200,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 93,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 86,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 141,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 37,000 diikuti Malaysia dengan 25,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 16,000 angka korban. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here