Home Koronavirus Covid-19: Kes positif di Sabah naik mendadak

Covid-19: Kes positif di Sabah naik mendadak

0
Covid-19: Kes positif di Sabah naik mendadak

KOTA KINABALU – Kes harian Covid-19 di Sabah pada Rabu meningkat secara mendadak kepada 172 kes berbanding 82 kes semalam disebabkan kes baharu dari Kluster Khidmat yang melibatkan sekolah berasrama penuh di Kota Kinabalu, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, daripada 82 kes baharu di Kota Kinabalu, 72 kes adalah dari Kluster Khidmat, dan sekolah terlibat sudah berada diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Selain Kota Kinabalu, kes baharu juga dikesan di Tawau, Lahad Datu, dan dan,” katanya dalam perkongsian Twitter hari ini.

Sementara itu dalam satu kenyataan malam ini, Masidi, yang juga jurucakap kerajaan negeri mengenai Covid-19 berkata, sehingga kini 52,050 telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 dan 42,191 orang relah melengkapkan dos kedua vaksin bagi fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Bagi fasa kedua program itu, sejumlah of 3,173 orang telah menerima dos pertama sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata 4,120 orang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Sabah hari ini, kebanyakannya menerusi aplikasi Mysejahtera dan laman web, menjadikan sejumlah 437,432 telah mendaftar di negeri ini setakat ini. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here