PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan dengan 6,380 kes baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes kumulatif kini 2,569,533 kes.