Home Koronavirus Covid-19: Kes kumulatif hampir empat juta, kes harian bawah 30,000

Covid-19: Kes kumulatif hampir empat juta, kes harian bawah 30,000

0
Covid-19: Kes kumulatif hampir empat juta, kes harian bawah 30,000

KUALA LUMPUR – Kes harian baharu Covid-19 negara kekal bawah 30,000 sepanjang tempoh seminggu ini dan dalam masa yang sama, jumlah rakyat Malaysia yang dijangkiti menghampiri empat juta dengan 34,244 kematian.

Sebanyak 24,241 lagi kes dilaporkan pada Jumaat, menjadikan kes kumulatif Covid-19 sebanyak 3,951,678.

Sebanyak 521 kes daripada 24,241 kes adalah kes import dengan 487 daripadanya (93.5 peratus) adalah warganegara Malaysia.

Kes import tertinggi sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (12 Mac hingga 18 Mac 2022) dicatat pada 17 Mac iaitu sebanyak 719 kes daripada 27,004 kes harian baharu. Sebanyak 676 kes (94.0 peratus) daripadanya, melibatkan warganegara Malaysia.

Rekod kes harian baharu sepanjang tempoh Rangkuman ini seperti berikut:-

12 Mac (26,250), 13 Mac (22,535), 14 Mac (22,030), 15 Mac (26,534), 16 Mac (28,298), 17 Mac (27,004) dan 18 Mac ( 24,241).

Jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh mengatasi angka kes harian baharu untuk lima hari iaitu pada 13 Mac (25,356), 14 Mac (33,872), 15 Mac (31,234), 16 Mac (33,009), 17 Mac (29,450) dan 18 Mac (26,615).

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hanya 32 kluster baharu direkod. Kluster terbanyak adalah kumpulan berisiko tinggi, 13 kluster (40.6 peratus).

Negeri yang mencatat kluster kumpulan berisiko tinggi adalah WP Kuala Lumpur (dua), Negeri Sembilan (satu), Sabah (satu), Johor (dua), Pulau Pinang (dua), Pahang (satu), Putrajaya (satu), Selangor (dua) dan Perak (satu).

Kluster kumpulan berisiko tinggi yang dikesan di Johor pada 13 Mac, setakat hari dilaporkan merekod sebanyak 117 kes (Kluster Kampung Aman).

Dengan kes kumulatif sebanyak 3,951,678, Malaysia kini di tangga 22 daripada 225 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia adalah Ukraine (4,928,032) dan Mexico (5,624,954).

Dalam kalangan 225 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Korea Selatan mencatat angka kes harian baharu tertinggi semalam iaitu sebanyak 407,017 kes (di tangga 12) dengan 301 kematian. Ini diikuti Jerman sebanyak 284,050 kes (217 kematian) dan Perancis sebanyak 97,579 kes (112 kematian).

Data CovidNow KKM setakat jam 11:59mlm 18 Mac 2022 menunjukkan kes aktif Covid-19 sebanyak 294,366 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 284,592 kes (96.7 peratus) dikuarantin di rumah.

Sebanyak 1,791 kes (0.6 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 7,600 kes (2.6 peratus) di hospital; 161 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 222 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Berikut negeri yang mencatat kes empat angka sepanjang tempoh Rangkuman ini:-

12 Mac – Johor (2,298), Kedah (2,292), Kelantan (1,114), Negeri Sembilan (1,786), Pahang (1,424), Perak (1,555), Pulau Pinang (2,533), Sarawak (1,427), Selangor (6,472) dan WP Kuala Lumpur (2,399).

13 Mac – Johor (1,973), Kedah (2,332), Kelantan (1,005), Negeri Sembilan (1,950), Pahang (1,352), Perak (1,292), Pulau Pinang (1,548), Sarawak (1,354), Selangor (5,345), Terengganu (1,039) dan WP Kuala Lumpur (1,594).

14 Mac – Johor (2,419), Kedah (2,382), Kelantan (1,086), Negeri Sembilan (1,359), Pahang (1,151), Perak (1,122), Pulau Pinang (2,137), Selangor (4,388), Terengganu (1,121) dan WP Kuala Lumpur (2,214).

15 Mac – Johor (2,141), Kedah (2,391), Kelantan (1,212), Negeri Sembilan (1,547), Pahang (1,055), Perak (1,296), Pulau Pinang (2,324), Sarawak (1,867), Selangor (7,217) dan WP Kuala Lumpur (2,892).

16 Mac – Johor (2,577), Kedah (2,034), Negeri Sembilan (1,968), Pahang (1,302), Perak (1,446), Pulau Pinang (2,441), Sarawak (1,555), Selangor (7,561), dan WP Kuala Lumpur (3,565).

17 Mac – Johor (1,990), Kedah (1,916), Negeri Sembilan (1,882), Pahang (1,434), Perak (1,561), Pulau Pinang (2,315), Sarawak (1,484), Selangor (7,558) dan WP Kuala Lumpur (3,266).

18 Mac – Johor (1,621), Kedah (1,529), Negeri Sembilan (1,502), Pahang (1,000), Perak (1,703), Pulau Pinang (2,306), Sarawak (1,316), Selangor (7,430) dan WP Kuala Lumpur (2,757).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar pada Sabtu, daripada 24,241 kes harian baharu direkod pada 18 Mac, kategori 1 sebanyak 9,801 kes (40.43 peratus); kategori 2 sebanyak 14,255 kes (58.81 peratus); kategori 3 sebanyak 67 kes (0.28 peratus); kategori 4 sebanyak 65 kes (0.27 peratus) kategori 4 dan kategori 5 sebanyak 53 kes (0.21 peratus).

KKM meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori lima. Kategori empat untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksigen dan kategori tiga pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (gejala ringan).

Sebanyak 26,615 kes sembuh pesakit Covid-19, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 3,623,068 (91.7 peratus).

Sebanyak 164 kes di Unit Rawatan Rapi disahkan sebagai Covid-19 setakat Jumaat dan 103 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini bawah paras 1.00. Data untuk Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

12 Mac (0.99), 13 Mac (0.97), 14 Mac (0.96), 15 Mac (0.95), 16 Mac (0.96), 17 Mac (0.95) dan 18 Mac (0.92).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 18 Mac 2022 adalah Sarawak (1.10).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario Covid-19 di Malaysia

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

12 Mac (323,784), 13 Mac (320,876), 14 Mac (308,942), 15 Mac (304,147), 16 Mac (299,331), 17 Mac (296,799) dan 18 Mac (294,366).

Perincian kes harian baharu (24,241 kes) mengikut negeri, setakat jam 11:59mlm 18 Mac 2022, adalah seperti berikut:- (+kes import)

Kes harian baharu empat angka – Johor 1,612 (+9), Kedah 1,447 (+82), Negeri Sembilan 1,499 (+3), Pahang 979 (+21), Perak 1,644 (+59), Pulau Pinang 2,295 (+11), Sarawak 1,308 (+8), Selangor 7,280 (+150) dan WP Kuala Lumpur 2,692 (+65).

K​​​​es harian baharu tiga angka – Kelantan 573 (+52), Melaka 630 (+15), Perlis 127 (+1), Sabah 596 (+0), Terengganu 822 (+36), WP Labuan 82 (+1) dan WP Putrajaya 134 (+8).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

12 Mac – Kes baharu: 26,250 kes (3,801,036 kes kumulatif); Kes import: 545 kes [509 warganegara

(93.4 peratus); 36 bukan warganegara (6.6 peratus)]; Kes tempatan: 25,705 kes [24,878 warganegara

(96.8 peratus); 827 bukan warganegara (3.2 peratus)];

13 Mac – Kes baharu: 22,535 kes (3,823,571 kes kumulatif); Kes import: 361 kes [327 warganegara

(90.6 peratus); 34 bukan warganegara (9.4 peratus)]; Kes tempatan: 22,174 kes [21,522 warganegara

(97.1 peratus); 652 bukan warganegara (2.9 peratus)];

14 Mac – Kes baharu: 22,030 kes (3,845,601 kes kumulatif); Kes import: 394 kes [369 warganegara

(93.7 peratus); 25 bukan warganegara (6.3 peratus)]; Kes tempatan: 21,636 kes [20,894 warganegara

(96.6 peratus); 742 bukan warganegara (3.4 peratus)];

15 Mac – Kes baharu: 26,534 kes (3,872,135 kes kumulatif); Kes import: 691 kes [653 warganegara

(94.5 peratus); 38 bukan warganegara (5.5 peratus)]; Kes tempatan: 25,843 kes [25,006 warganegara

(96.8 peratus); 837 bukan warganegara (3.2 peratus)];

16 Mac – Kes baharu: 28,298 kes (3,900,433 kes kumulatif); Kes import: 698 kes [653 warganegara

(93.6 peratus); 45 bukan warganegara (6.4 peratus)]; Kes tempatan: 27,600 kes [26,568 warganegara

(96.3 peratus); 1,032 bukan warganegara (3.7 peratus)];

17 Mac – Kes baharu: 27,004 kes (3,927,437 kes kumulatif); Kes import: 719 kes [676 warganegara

(94.0 peratus); 43 bukan warganegara (6.0 peratus)]; Kes tempatan: 26,285 kes [25,196 warganegara

(95.9 peratus); 1,089 bukan warganegara (4.1 peratus)];

18 Mac – Kes baharu: 24,241 kes (3,951,678 kes kumulatif); Kes import: 521 kes [487 warganegara

(93.5 peratus); 34 bukan warganegara (6.5 peratus)]; Kes tempatan: 23,720 kes [22,893 warganegara

(96.5 peratus); 827 bukan warganegara (3.5 peratus)];

Sementara itu, jumlah kluster aktif dalam negara setakat Jumaat sebanyak 332 kluster. Secara keseluruhan, sebanyak 6,905 kluster dikesan dan 6,573 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, berdasarkan data KKM, hanya 32 kluster baharu direkod. Kluster terbanyak adalah kumpulan berisiko tinggi 13 kluster (40.6 peratus). Kluster lain adalah pendidikan 10 kluster (31.3 peratus), tempat kerja tujuh kluster (21.9 peratus), keagamaan satu kluster (3.1 peratus) dan pusat tahanan satu kluster (3.1 peratus).

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

12 Mac – dua ( kumpulan berisiko tinggi dua );

13 Mac – enam ( tempat kerja dua, pendidikan dua dan kumpulan berisiko tinggi dua );

14 Mac – dua (pendidikan satu dan kumpulan berisiko tinggi satu);

15 Mac – empat (tempat kerja satu, pendidikan dua dan kumpulan berisiko tinggi satu);

16 Mac – enam (tempat kerja satu, keagamaan satu, pendidikan tiga, dan kumpulan berisiko tinggi satu);

17 Mac – sembilan (tempat kerja tiga, kumpulan berisiko tinggi lima dan pusat tahanan satu);

18 Mac – tiga ( pendidikan dua dan kumpulan berisiko tinggi satu).

Perkembangan lain dalam negara

Pecahan pesakit Covid-19 mengikut kategori:-

* Kategori lima dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori empat memerlukan bantuan oksigen dan kategori tiga pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (gejala ringan).

Daripada 26,250 kes harian yang dilaporkan pada 12 Mac 2022:

Kategori 1: 8,652 kes (32.96 peratus);

Kategori 2: 17,421 kes (66.37 peratus);

Kategori 3: 70 kes (0.26 peratus);

Kategori 4: 60 kes (0.23 peratus); dan

Kategori 5: 47 kes (0.18 peratus).

Daripada 22,535 kes harian yang dilaporkan pada 13 Mac 2022:

Kategori 1: 8,637 kes (38.33 peratus);

Kategori 2: 13,713 kes (60.85 peratus);

Kategori 3: 72 kes (0.32 peratus);

Kategori 4: 63 kes (0.28 peratus); dan

Kategori 5: 50 kes (0.22 peratus).

Daripada 22,030 kes harian yang dilaporkan pada 14 Mac 2022:

Kategori 1: 8,616 kes (39.11 peratus);

Kategori 2: 13,188 kes (59.86 peratus);

Kategori 3: 71 kes (0.32 peratus);

Kategori 4: 61 kes (0.28 peratus); dan

Kategori 5: 94 kes (0.43 peratus).

Daripada 26,534 kes harian yang dilaporkan pada 15 Mac 2022:

Kategori 1: 10,516 kes (39.63 peratus);

Kategori 2: 15,842 kes (59.71 peratus);

Kategori 3: 65 kes (0.24 peratus);

Kategori 4: 65 kes (0.24 peratus); dan

Kategori 5: 46 kes (0.18 peratus).

Daripada 28,298 kes harian yang dilaporkan pada 16 Mac 2022:

Kategori 1: 11,936 kes (42.18 peratus);

Kategori 2: 16,148 kes (57.06 peratus);

Kategori 3: 100 kes (0.35 peratus);

Kategori 4: 55 kes (0.20 peratus); dan

Kategori 5: 59 kes (0.21 peratus).

Daripada 27,004 kes harian yang dilaporkan pada 17 Mac 2022:

Kategori 1: 11,163 kes (41.34 peratus);

Kategori 2: 15,642 kes (57.92 peratus);

Kategori 3: 63 kes (0.23 peratus);

Kategori 4: 72 kes (0.27 peratus); dan

Kategori 5: 64 kes (0.24 peratus).

Daripada 24,241 kes harian yang dilaporkan pada 18 Mac 2022:

Kategori 1: 9,801 kes (40.43 peratus);

Kategori 2: 14,255 kes (58.81 peratus);

Kategori 3: 67 kes (0.28 peratus);

Kategori 4: 65 kes (0.27 peratus); dan

Kategori 5: 53 kes (0.21 peratus).

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

12 Mac (25,089), 13 Mac (25,356), 14 Mac (33,872), 15 Mac (31,234), 16 Mac (33,009), 17 Mac (29,450) dan 18 Mac (26,615).

* kes kumulatif sembuh sehingga 18 Mac 2022 sebanyak 3,623,068 (91.7 peratus).

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

12 Mac – 77 (BID 23), 13 Mac – 87 (BID 25), 14 Mac – 92 (BID 33), 15 Mac – 95 (BID 23 ), 16 Mac – 105 (BID 29), 17 Mac – 86 (BID 35) dan 18 Mac – 59 (BID 13 ).

*Jumlah kes kematian sehingga 18 Mac 2022, sebanyak 34,244 kes.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 467,675,216 (Rangkuman Mingguan lalu 455,049,794 kes) dengan 6,092,924 kematian (Minggu lalu 6,057,195 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 399,043,601 kes berbanding minggu lalu sebanyak 388,979,787 kes.

Sebanyak 225 negara/wilayah dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, United Kingdom, Jerman, Rusia, Turki, Itali dan Sepanyol.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 81,382,828 (+29,803);

India 43,005,914 (+1,909);

Brazil 29,576,397 (+48,757);

Perancis 23,957,773 (+97,579);

United Kingdom 20,093,762 (+90,349);

Jerman 18,424,575 (+284,050);

Rusia 17,518,699 (+34,442);

Turki 14,663,508 (+19,126);

Itali 13,724,411 (+76,250);

Sepanyol 11,324,637 (+21,533).

Negara China, di mana bermulanya wabak Covid-19 pada penghujung Disember 2019 di tangga 123 dengan 126,234 kes (+2,461 kes harian baharu).

Di samping Malaysia, negara lain di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 125 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19.

Pecahan kes kumulatif Covid-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 15 – 7,174,423 (+tiada maklumat);

Indonesia di tangga 18 – 5,948,610 (+9,528);

Malaysia di tangga 22 – 3,951,678 (+24,241);

Filipina di tangga 28 – 3,673,201 (+545);

Thailand di tangga 34 – 3,303,169 (+27,071);

Singapura di tangga 58 – 996,914 (+10,594);

Myanmar di tangga 77 – 608,384 (+540);

Laos di tangga 116 – 150,639 (+1,508);

Kampuchea di tangga 118 – 134,772 (+148);

Brunei di tangga 124 – 121,957 (+1,357)

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here