Home Koronavirus Covid-19: Kes jangkitan di Sarawak menurun

Covid-19: Kes jangkitan di Sarawak menurun

0
Covid-19: Kes jangkitan di Sarawak menurun

KUCHING – Jumlah jangkitan harian Covid-19 di Sarawak terus menunjukkan penurunan dengan 478 kes baharu dilaporkan pada Isnin berbanding 616 kes, semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, daripada jumlah kes hari ini, 14 kes melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Baki 464 kes tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 241,524.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi hari ini ialah Miri dengan 131 kes diikuti Kuching (129), Sibu (33) dan Bintulu (27),” menurut JPBN.

Selain itu, 20 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 30 September hingga 30 Oktober manakala jumlah kluster yang masih aktif ialah 27. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here