Home Koronavirus Covid-19: Kes harian turun bawah 1,000, sembilan kematian

Covid-19: Kes harian turun bawah 1,000, sembilan kematian

Covid-19: Kes harian turun bawah 1,000, sembilan kematian

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sembilan kematian baharu akibat Covid-19 menjadikan jumlah kematian berpunca daripada pandemik itu kini seramai 35,564 orang.

Menurut data KKM di portal CovidNow, daripada jumlah itu, lima kematian adalah di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian BID adalah sebanyak 7,528 orang.

Sementara itu, sebanyak 922 kes jangkitan baharu direkodkan setakat tengah malam Selasa.

Ketika ini sebanyak 31,833 kes aktif direkodkan dengan 30,821 individu atau 96.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 14 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sejumlah 929 atau 2.9 peratus lagi dirawat di hospital dengan 69 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada 69 pesakit yang ditempatkan di ICU, 46 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Selain itu juga, sebanyak 5,520 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah sebanyak 4,384,384.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here