Home Koronavirus Covid-19: Kes di Sarawak turun, kembali catat dua angka

Covid-19: Kes di Sarawak turun, kembali catat dua angka

0
Covid-19: Kes di Sarawak turun, kembali catat dua angka

KUCHING – Jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak kembali turun kepada 91 kes berbanding 121 pada Rabu, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, 11 kes melibatkan jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 80 kes lagi bergejala ringan dan tidak bergejala.

Kuching antara kawasan mencatatkan kes tertinggi dengan 26 kes, diikuti Sibu (16), Miri (9), Serian (8) dan Bintulu (7) manakala kes kematian baharu yang direkodkan pada Khamis hanya satu kes melibatkan individu berusia 79 tahun di Sibu.

Sementara itu, jumlah kluster aktif di Sarawak kekal dua kluster iaitu kluster Jalan Sultan Tengah Rampangi dan kluster Ong Tiang Swee, kedua-duanya di Kuching. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here