Home Koronavirus Covid-19 kembali melonjak, 13,034 kes baharu hari ini

Covid-19 kembali melonjak, 13,034 kes baharu hari ini

0
Covid-19 kembali melonjak, 13,034 kes baharu hari ini

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 13,034 kes harian baharu positif Covid-19 pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor kekal melaporkan kes tertinggi iaitu 6,049 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negeri itu adalah 343,946 kes.

Menurutnya, Kuala Lumpur pula merekodkan 1,611 kes diikuti Johor (791), Negeri Sembilan (711), Kedah (701), Sarawak (644), Sabah (479), Terengganu (391), Pulau Pinang (371), Melaka (353), Perak (284), Pahang (261) dan Kelantan (240) manakala Putrajaya (100), Labuan (24) dan Perlis (enam).

“Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 dalam negara adalah 964,918,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here