Home Koronavirus Covid-19: Kematian tertinggi, 26 kes hari ini

Covid-19: Kematian tertinggi, 26 kes hari ini

0
Covid-19: Kematian tertinggi, 26 kes hari ini

SHAH ALAM- Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 26 kematian membabitkan 25 individu tempatan serta seorang warga asing yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,683 kes atau 0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Terdapat 1,788 kluster direkodkan di Malaysia dengan penambahan 13 kluster baharu hari ini.

“Sebanyak 1,352 kluster tamat dan 436 kluster masih aktif,” katanya.

Sementara itu, negara mencatatkan 3,733 kes positif baharu Covid-19 dengan jumlah keseluruhan penularan mencecah 440,677 kes.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor melaporkan kes positif harian baharu tertinggi iaitu 1,278 kes hasil daripada kluster serta saringan kontak rapat kes positif yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ia diikuti Sarawak dengan 454 kes, Johor (365 kes) dan Kuala Lumpur (338 kes).

“Terdapat 416 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 216 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here