Home Koronavirus Covid-19: Kadar kebolehjangkitan sekali lagi hampiri angka 1

Covid-19: Kadar kebolehjangkitan sekali lagi hampiri angka 1

0
Covid-19: Kadar kebolehjangkitan sekali lagi hampiri angka 1

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (Rt) di Malaysia semakin menghampiri nilai 1, pada Ahad.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dua minggu lalu angka tersebut telah melepasi nilai 1.

“Kita semua telah memainkan peranan untuk menurunkan balik nilai kadar kebolehjangkitan.

“Yakin kita boleh. Pelitup muka, penjarakan fizikal, elak sesak, dos penggalak, jaga ibu bapa dan amalkan TRIIS (lakukan uji, lapor, asingkan, maklumkan, dapatkan rawatan segera),” ciap beliau pada Isnin.

Rt menghampiri 1 semula. Dua minggu lepas bila melepasi 1, kita semua telah mainkan peranan untuk menurunkan balik angka Rt. Yakin kita boleh. Pelitup, jarak, elak sesak, dos penggalak, jaga ibu bapa dan #TRIIS. pic.twitter.com/uEdyA36fQw

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 6, 2021

Menurut data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kadar kebolehjangkitan menunjukkan trend peningkatan selama empat hari.

Pada Ahad, nilai itu berada pada paras 0.98, meningkat 0.03 daripada empat hari sebelumnya.

Secara keseluruhan, sebanyak sembilan negeri/wilayah mencatatkan nilai Rt melebihi purata kebangsaan.

Negeri/wilayah itu ialah Perlis (1.12), Melaka (1.04), Perak (1.01), Kedah (1.00), Selangor (0.99), Pulau Pinang (0.99), Kuala Lumpur (0.99), Labuan (0.99) dan Pahang (0.98).

Negeri/wilayah lain yang mencatatkan nilai Rt di bawah purata kebangsaan adalah Johor (0.97), Terengganu (0.96), Kelantan (0.95), Sabah (0.93), Putrajaya (0.93), Negeri Sembilan (0.93) dan Sarawak (0.72). – Awani

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 5 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.98. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran pic.twitter.com/5rHpakmj1i

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 6, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here